Perwakilan Pas mula banjiri pekarangan Putik

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mematuhi SOP dengan membuat pemeriksaan suhu dan menggunakan pelitup muka yang bersesuaian.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mematuhi SOP dengan membuat pemeriksaan suhu dan menggunakan pelitup muka yang bersesuaian.
A
A
A

KOTA BHARU - Perwakilan Pas dari seluruh negara mula membanjiri pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa di sini bagi menyertai Muktamar Tahunan Pas kali ke-66 hari ini.

Seawal jam 7.30 pagi lagi perwakilan yang dijemput khas mula hadir dan mendaftar untuk sesi perasmian muktamar tersebut.

Lengkap berbaju Melayu putih, bersamping dan bersongkok itulah gambaran awal kekemasan perwakilan yang hadir termasuklah majoriti kepimpinan tertinggi Pas yang turut mengenakan samping berwarna hijau.

Anggota Jabatan Amal Malaysia membantu salah seorang hadirin yang menggunakan kerusi roda di Putik pagi ini.
Anggota Jabatan Amal Malaysia membantu salah seorang hadirin yang menggunakan kerusi roda di Putik pagi ini.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin; Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan dan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh di antara figura yang hadir seawal jam 8 pagi lagi.

Turut kelihatan, kepimpinan tertinggi lain juga tiba dan masing-masing mematuhi prosedur operasi standard (SOP) koronavirus (Covid-19) sebelum masuk dewan dengan membuat pemeriksaan suhu dan memakai pelitup muka.

Hashim Jasin melakukan pemeriksaan suhu sebelum memasuki bangunan Putik pagi ini.
Hashim Jasin melakukan pemeriksaan suhu sebelum memasuki bangunan Putik pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Anggota Jabatan Amal Malaysia bertugas di pintu utama dewan di Putik pagi ini.
Anggota Jabatan Amal Malaysia bertugas di pintu utama dewan di Putik pagi ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!