DUN Johor zahir takziah atas kematian dua bekas ADUN

Sidang DUN Johor
Sidang DUN Johor
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua bekas ahli DUN itu yang meninggal dunia Mei lepas.

Ucapan berkenaan dizahirkan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat sebelum sesi soalan lisan pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga DUN Johor ke-14 di sini.

"Dukacita dimaklumkan Datuk Hashim Rais bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning yang berkhidmat mulai 3 Ogos 1986 hingga 4 Oktober 1990 telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei 2020.

"Dukacita juga dimaklumkan Hasmuni Salim bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang juga ADUN Benut mulai 22 April 1982 hingga 12 Ogos 1986 dan ADUN Pengerang mulai Ogos 1986 hingga Oktober 1999 telah meninggal dunia pada 30 Mei 2020. DUN Johor mengucapkan takziah," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!