Warisan tidak taja calon Bebas

Loretto Padua
Loretto Padua
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menafikan menaja pihak yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Setiausaha Agung parti, Datuk Loretto Padua berkata, jika ada ahli Warisan bertanding atas tiket Bebas, keahlian mereka juga terbatal.

"Saya menegaskan kepada mana-mana calon ini supaya berhenti mengaitkan Warisan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan parti dalam memilih calon.

"Kita akan mengambil tindakan undang-undang jika nama Warisan dikaitkan dalam kempen yang kononnya mereka ini ditaja untuk bertanding sebagai calon Bebas.

"Tidak mungkin kita merestui calon Bebas ini untuk mengalahkan calon Warisan yang kita pilih sendiri," katanya hari ini.

Sehubungan itu, Loretto meminta supaya pengundi berwaspada dengan taktik kotor seperti itu.

Terdahulu, Loretto dalam satu kenyataannya sebelum ini membatalkan serta-merta keahlian Ketua Bahagian Keningau, Datuk Jake Nointin berikutan tindakan beliau yang bertanding atas tiket Bebas semalam dan menentang calon Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!