Presiden UPKO mohon restu ibu bapa tanding PRN Sabah

Madius (kiri) ketika bertemu ayahnya Yanggau Gokis (tengah) dan ibunya Belugu Panod (kanan) di rumahnya di Kampung Lokos semalam.
Madius (kiri) ketika bertemu ayahnya Yanggau Gokis (tengah) dan ibunya Belugu Panod (kanan) di rumahnya di Kampung Lokos semalam.
A
A
A

KIULU - Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memohon restu dan doa daripada ibu bapanya untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Sebaik selesai melakukan proses penamaan calon PRN semalam, Madius segera bergerak pulang ke kampung halamannya di Kampung Lokos kira-kira jam 4.50 petang semalam.

Katanya, menjadi kewajipannya memohon restu ibu bapa setiap kali bertanding pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

“Ini kali pertama saya bertanding di peringkat DUN dan sebelum ini hanya bertanding di peringkat Parlimen. Jadi, wajib bagi saya mendapat perkenan daripada kedua orang tua sebelum bertanding.

“Mereka adalah kunci kejayaan saya selama ini. Ayah mentor terbaik untuk saya, manakala ibu penasihat sepanjang hayat,” katanya.

Madius akan berdepan dengan penyandang dari Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai dan empat calon lain mewakili Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan dua calon bebas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!