Peluang terbaik angkat calon wanita

Zahida Zarik Khan dan Hazulizah Mohd Dani - Foto sumber internet
Zahida Zarik Khan dan Hazulizah Mohd Dani - Foto sumber internet
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan sahaja memberi peluang untuk rakyat Sabah menukar kerajaan, malah peluang mengangkat wanita menjadi wakil rakyat mewakili suara penduduk Sabah.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, beliau optimis calon Barisan Nasional (BN) bagi N54 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Hazulizah Md Dani mampu menggalas tanggungjawab tersebut sekiranya diberikan mandat rakyat.

"Bagi Puteri UMNO Malaysia, kami amat yakin dengan kemampuan Hazulizah. Beliau bukan sahaja boleh menjadi wakil rakyat yang baik di Sekong, malah akan memperjuangkan hak kesaksamaan gender dalam pembangunan negeri Sabah.

"Negara yang maju bukan hanya pada pembangunan fizikalnya tetapi bagaimana ia turut meletakkan wanita setanding lelaki dalam semua bidang. Ini termasuk peluang dalam ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zahida berkata, Puteri UMNO juga yakin calon berusia 35 tahun itu akan menjadi suara paling lantang dalam mengurus isu yang berkaitan ketidakadilan dalam kalangan wanita di seluruh Sabah.

Hazulizah merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Sabah yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!