Bendera sudah dipacak, bermulanya perang PRN Sabah

Shahre Sariman (tengah) bersama rakan Armada lain sedang melakukan kerja pemasangan bendera di tepi jalan Petagas, Putatan.
Shahre Sariman (tengah) bersama rakan Armada lain sedang melakukan kerja pemasangan bendera di tepi jalan Petagas, Putatan.
A
A
A

PUTATAN - Pemasangan bendera di sekitar bandar raya Kota Kinabalu dan Putatan sedang giat dilakukan jentera parti masing-masing.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar kedua-dua bandar itu mendapati sudah ada beberapa parti mula memacak bendera parti masing-masing di sepanjang laluan jalan raya.

Antara bendera parti yang dilihat mula menghiasi tepi jalan raya ialah bendera Parti Warisan Sabah (Warisan), Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Menurut ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Shahre Sariman, 31, bahan seperti bendera dan poster sepanjang kempen sudah disediakan parti sehari sebelum penamaan calon lagi.

Bendera parti yang bertanding pada PRN Sabah.
Bendera parti yang bertanding pada PRN Sabah.

"Setakat ini, kami Armada pasang bendera di kawasan lebuh raya Putatan dan kawasan pusat daerah mengundi seperti di Kampung Sendil.

"Mungkin lewat petang ini pemasangan bendera selesai dan kemudian pemasangan poster dimulakan pada malam nanti," katanya ketika ditemui sedang memasang bendera di Jalan Petagas di sini.

Katanya, selepas semuanya selesai, kumpulan mereka akan membuat pemantauan jika ada bendera atau poster rosak yang perlu dibaik pulih untuk sepanjang kempen berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, tinjauan di kawasan perkampungan sehingga ke Kinarut Papar didapati pemasangan bendera masih dilihat suram.

Bendera parti yang bertanding pada PRN Sabah.
Bendera parti yang bertanding pada PRN Sabah.

Hari ini adalah bermulanya aktiviti kempen semua calon parti yang bertanding, malah jentera masing-masing mula memasang bendera dan poster berkaitan sebagai tanda 'perang' sudah bermula.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!