Hari terakhir sidang DUN Johor lancar

Sidang DUN Johor berjalan lancar dengan usul dikemukakan kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional diterima ahli dewan menerusi undi yang dilakukan.
Sidang DUN Johor berjalan lancar dengan usul dikemukakan kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional diterima ahli dewan menerusi undi yang dilakukan.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti yang didakwa berlaku spekulasi berlaku undi tidak percaya sebelum bermula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu.

Perkara itu dibuktikan pada hari kedua dan terakhir sidang Dewan apabila usul yang dikemukakan diterima dengan baik oleh semua ahli dewan.

Antara usul itu itu ialah Pakej Rangsangan Ekonomi, bajet tambahan, pelantikan jawatankuasa Dewan dan pelantikan Ahli Dewan Negara.

Bagaimana pun, usul dikemukakan pembangkang mengenai pengurangan cukai tanah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Yeo Tung Siong ditolak melalui undi di dalam dewan.

Pertikaian turut berlaku ketika usul lantikan Ahli Dewan Negara, Datuk Jefridin Atan dikemukakan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad dengan pembangkang bertindak mencadangkan nama lain bagi lantikan itu.

Speaker DUN, Suhaizan Kaiat kemudiaannya menolak cadangan nama lantikan yang dikemukakan pembangkang kerana tidak mengikut aturan dewan dan kemudian mengumumkan Jefridin dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Kesemua 56 ADUN termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Gambir hadir ke sidang DUN yang berakhir pada hari ini selepas berlangsung selama dua hari, bermula Khamis lalu.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya menyokong usul pakej rangsangan dan bajet tambahan dengan mengambil kira kepentingan rakyat khususnya Bangsa Johor terutama ketika penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, PH menyokong pakej rangsangan dan bajet tambahan ini demi rakyat secara tetapi kami mencadangkan kerajaan memperluaskan pakej ini kepada penganggur yang terkesan akibat Covid-19," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!