Bersatu kecewa PM dihina dalam WhatsApp
PASIR PUTEH - Bersatu Bahagian Pasir Puteh kecewa dengan tindakan individu yang menghina Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi aplikasi WhatsApp.
Timbalan Ketua Pimpinannya, Wan Marzudi Wan Omar berkata, beliau kecewa dengan sikap tidak profesional segelintir pihak dalam berkempen untuk PRK Cameron Highlands.
Katanya, sikap keterbukaan Kerajaan PH sepatutnya digunakan untuk berkempen secara sihat, bukannya mengaibkan pemimpin.
"Penulis yang menggunakan nama Mat Kilau Admin itu menghina Dr Mahathir dengan panggilan yang tidak sepatutnya, selain turut menggelari PH dan DAP sebagai 'anjing'.
"Kami menggesa pihak berkuasa segera menyiasatnya kerana ia jelas tidak beradab, bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan boleh mencetuskan ketegangan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laopran di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!