Pulau Pinang ubah polisi perumahan

Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan tiga perubahan dalam polisi perumahan bagi merangsangkan industri perumahan di samping usaha menjual semua unit rumah yang tidak terjual.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jagdeep Singh Deo berkata, unit rumah yang tidak terjual di Pulau Pinang masih mampu diurus namun industri memerlukan bantuan tambahan untuk membersihkan stok unit yang tidak dijual.

Menurutnya, langkah pertama yang dilakukan adalah membenarkan pembelian rumah mampu milik dibuka kepada pasaran berbanding sebelum ini yang hanya mengehadkan kepada pembeli pertama yang layak.

"Sebelum ini, 30 peratus penjualan rumah mampu milik dibuka untuk pasaran terbuka namun dengan keadaan sekarang, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah kepada 40 peratus. Selain itu, 30 peratus daripada unit tersebut perlu memenuhi kriteria iaitu pembeli yang mendaftar sebagai pengundi Pulau Pinang sahaja dibenarkan.

"Namun di bawah polisi baharu ini, 20 peratus daripada unit itu untuk pengundi berdaftar di Pulau Pinang manakala 20 peratus lagi adalah mereka dari negeri lain namun bekerja dan tinggal di negeri ini," katanya kepada media tadi.

Tambahnya, rumah mampu milik berharga di antara RM150,000 hingga RM300,000 hanya dibuka untuk pembeli pertama yang layak dengan jumlah pendapatan di bawah RM10,000.

"Kadar penolakan pinjaman perumahan masih tinggi dan menjejaskan jualan unit rumah mampu milik di negeri ini, termasuk oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Untuk menangani isu ini, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah bagi pemohon sebanyak RM2,000 iaitu dari RM6,000 ke RM8,000 supaya lebih ramai pemohon layak untuk pembelian rumah mampu milik.

Artikel Berkaitan:

"Ini bermakna, mereka yang berpendapatan RM8,000 boleh memohon untuk membeli rumah berharga RM150,000," katanya.

Jagdeep berkata, dua perubahan dalam polisi perumahan tersebut berkuatkuasa serta merta.

"Bagi hartanah yang melebihi RM1 juta, kerajaan negeri akan memansuhkan tiga peratus fi kelulusan untuk pembeli warga asing bermula 1 Februari ini. Ia bagi menggalakkan penjualan hartanah mewah yang tidak terjual.

"Pulau Pinang mempunyai kira-kira 3,261 unit tidak terjual pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 990 iaitu 2,371 pada tahun 2017," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!