Lacazette geram jadi bahan spekulasi media

Arteta (kiri) masih memerlukan khidmat Lacazette di Arsenal.
Arteta (kiri) masih memerlukan khidmat Lacazette di Arsenal.
A
A
A

PENYERANG Arsenal, Alexandre Lacazette menepis khabar angin yang menyatakan dia mahu berpindah dan menegaskan gembira berada di kelab itu.

Menurutnya, dia tidak pernah memikirkan hasrat untuk berpindah selain menyifatkan berita mengenai tidak gembira bersama The Gunners hanya spekulasi yang dibuat oleh media.

"Saya sangat gembira. Saya tidak ragu-ragu untuk mengatakannya. Hanya media yang membuat spekulasi dan mengatakan saya tidak gembira.

"Daripada awal ketika tiba ke sini saya cukup selesa dan saya ingin membantu pasukan memenangi banyak kejuaraan. Kami memenangi trofi musim lalu dan ia menjadi detik bermakna buat saya," katanya.

Masa depan Lacazette di Arsenal menjadi topik perbincangan sejak musim lalu kerana kontrak penyerang berusia 29 tahun itu masih belum diperbaharui walaupun akan tamat penghunjung tahun ini.

Justeru, timbul spekulasi jika dia akan dilepaskan pada jendela perpindahan musim panas ini dengan kelab Sepanyol Atletico Madrid dilaporkan berminat untuk medapatkan khidmatnya itu.

Lacazette menyertai Arsenal dari Lyon pada 2017 dibeli dengan harga £46 juta (RM244 juta) dan telah melakukan 128 penampilan dengan catatan 49 gol dan 25 bantuan gol.

Dalam pada itu, pengendali Arsenal Mikel Arteta mengakui masih memerlukan Lacazette dalam pasukannya untuk memberikan impak di jentera serangan The Gunners.

Artikel Berkaitan:

"Kami memilki perancangan besar untuk musim ini dan saya melihat peranan Lacazette masih diperlukan untuk digandingkan di jentera serangan bersama Pierre-Emerick Aubameyang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!