Nwakaeme idam musim gemilang bersama Tok Gajah

Dari kiri; Saddil Ramdani, Ze Love, Herold Goulun dan Dickson Nwakaeme sudah bersiap sedia mengharungi saingan Liga M musim ini bersama Pahang.
Dari kiri; Saddil Ramdani, Ze Love, Herold Goulun dan Dickson Nwakaeme sudah bersiap sedia mengharungi saingan Liga M musim ini bersama Pahang.
A
A
A

TEMERLOH - Selepas beberapa musim tidak bersama Tok Gajah, penyerang kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaeme ada misi tersendiri untuk terus mengukir nama bersama skuad tersebut.

Pernah membantu Pahang meraih gelaran treble pada musim penuh gemilang skuad itu pada 2014,beliau yang terkenal dengan gelaran "Orang Besi" itu mengidamkan sasaran sama pada musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata, memori indah bersama Pahang pada 2014 masih segar dalam ingatannya setelah menjulang Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

"Detik paling manis yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila ialah membantu Pahang menewaskan Johor Darul Takzim untuk menjulang Piala Malaysia pada 2014.

"Saya ke sini untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Tok Gajah kerana ini kampung saya dan saya perlu buktikan kepada semua penyokong," katanya lagi yang turut bersama Pahang pada musim 2015.

Ujarnya misi tersebut disifatkan tidak mustahil untuk pasukannya mendakap tiga piala utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini sekiranya semua pemain mampu beraksi dengan baik.

"Saya dan Ze Love akan mengetuai jentera serangan dan mengharapkan bantuan daripada rakan sepasukan untuk manfaatkan peluang di hadapan gol lawan," jelasnya.

Tambahnya dia melihat skuad kali ini dijangka lebih mantap berbanding 2014 dan 2015 malah beliau yakin dengan kemampuan pengendali pasukan, Dollah Salleh untuk membawa Tok Gajah lebih cemerlang musim ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga perlu elak daripada kecederaan serius agar tragedi lalu tidak berulang apabila terpaksa berehat panjang musim lalu," jelasnya.

Selain Nwakaeme dan Ze Love, Tok Gajah turut diperkuatkan dengan dua lagi pemain import baharu iaitu Saddil Ramdani dari Indonesia dan Herold Goulun (Perancis).



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!