Korea Selatan sambut baik perjanjian Bahrain-Israel

Bahrain bersama UAE mengumumkan akan memeterai perjanjian berkenaan dengan Israel di Rumah Putih minggu ini.
Bahrain bersama UAE mengumumkan akan memeterai perjanjian berkenaan dengan Israel di Rumah Putih minggu ini.
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan menyambut baik perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik yang dicapai antara Bahrain dan Israel, menurut Agensi Berita Yonhap.

"Kerajaan menyambut baik perjanjian antara Bahrain dan Israel dan kami berharap perjanjian itu akan menyumbang kepada kestabilan dan penyelesaian perdamaian di wilayah itu," kata jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan Kim In-chul pada Isnin.

Pada Jumaat, Bahrain bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengumumkan akan memeterai perjanjian berkenaan dengan Israel, kesepakatan yang diterajui Presiden Donald Trump.

Majlis menandatangani perjanjian itu dijadual berlangsung di Rumah Putih minggu ini.

Kesepakatan itu menjadikan Bahrain negara Arab keempat menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, selepas Mesir, Jordan dan UAE. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!