OKT lolos macam filem aksi

Saidatina Aida yang kini sedang diburu pihak polis.
Saidatina Aida yang kini sedang diburu pihak polis.
A
A
A

RAUB- Polis kini sedang memburu dua individu termasuk seorang wanita selepas berjaya melarikan diri dari pekarangan tempat letak kereta Mahkamah Raub di sini semalam.

Dua suspek terbabit ialah, Saidatina Aida Sahabudin, 23 beralamat Kampung Ulu Lepar Dong, Raub dan Mohamad Rejab Ali, 22 dari Kampung Pulau Kabong Budu, Benta.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed memberitahu, suspek wanita tersebut merupakan antara 12 orang kena tahan (OKT) di mahkamah terbabit.

Menurutnya, setelah selesai sebutan kes, wanita itu bersama 11 OKT lain sedang menaiki lori polis yang diiringi anggota bertugas untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

"Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, ketika anggota bertugas sedang memerhatikan wanita terbabit menaiki lori, tiba-tiba datang seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC warna hitam dari arah belakang anggota polis.

"Lelaki terbabit terus berhenti pada wanita tersebut dengan mengejut dan tiba-tiba wanita itu terus melompat ke atas motosikal terbabit yang terus menuju laju meninggalkan pekarangan tempat letak kereta mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, semasa wanita itu melompat menaiki motosikal tersebut, anggota polis telah mengejar motosikal terbabit namun gagal.

"Anggota polis terlepas kedua-dua suspek dan terjatuh hingga mendapat kecederaan di kedua tapak tangan.

Artikel Berkaitan:

"Wanita itu berjaya melarikan diri dalam keadaan kedua tangannya masih bergari," jelasnya lagi.

Menurutnya, wanita itu dituduh di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya1952 dan mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Raub semalam dan sebutan kes ditetapkan pada 29 September depan

Ujarnya,wanita itu juga memiliki empat kes lampau berkaitan dadah di bawah seksyen sama.

"Usaha mengesan kedua suspek masih dijalankan dan hebahan di daerah bersebelahan juga telah dibuat.

"Keluarga suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumkan atau ternampak diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan segera dan tidak bersubahat dengan mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!