Bekalan elektrik terputus, program anjuran LDP terganggu

Kah Kiat (berdiri, kanan) terpaksa menangguhkan ucapannya apabila bekalan elektrik terputus dan keadaan hujan lebat pada program santai-santai bersama penduduk Kampung Kitobu, Inanam malam tadi.
Kah Kiat (berdiri, kanan) terpaksa menangguhkan ucapannya apabila bekalan elektrik terputus dan keadaan hujan lebat pada program santai-santai bersama penduduk Kampung Kitobu, Inanam malam tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU- Program santai-santai bersama penduduk anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kampung Kitobu, Inanam malam tadi terganggu disebabkan bekalan elektrik terputus dan hujan lebat berterusan di kawasan itu.

Program yang bermula kira-kira jam 8 malam itu dihadiri tiga calon LDP bertukar menjadi program 'lebih santai' dengan hanya sempat mendengar ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis kira-kira lima minit sebelum bekalan elektrik terputus.

Disebabkan gangguan bekalan elektrik, penganjur majlis terpaksa menggunakan lilin dan lampu kenderaan supaya keadaan tidak terlalu gelap bagaimanapun ucapan terpaksa ditangguhkan juga kerana bunyi bising akibat hujan lebat.

Penduduk yang hadir tidak dapat mendengar amanat yang mahu disampaikan oleh calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Tan Sri Chong Kah Kiat.

Program kemudian diakhiri kira-kira jam 10 malam apabila bekalan elektrik terus terganggu dan hujan berterusan yang dibimbangi akan menyebabkan kawasan itu dilanda banjir.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!