Ribut rosakkan bendera, poster parti

Antara bendera parti politik dan papan iklan calon bertanding yang rosak di bulatan Jalan Bandaran, Kota Kinabalu malam tadi.
Antara bendera parti politik dan papan iklan calon bertanding yang rosak di bulatan Jalan Bandaran, Kota Kinabalu malam tadi.
A
A
A

KOTA KINABALU - Hujan lebat serta ribut sejak semalam yang berlaku di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran menyebabkan banyak bendera dan poster parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini rosak.

Tinjauan Sinar Harian pagi ini turut mendapati bendera yang dipasang sebelum ini tinggal tiang sahaja manakala bendera parti tercabut jatuh ke jalan raya.

Turut rosak adalah papan iklan (billboard) calon yang bertanding ditiup angin ribut.

Difahamkan, bendera dan poster calon bertanding mula dipasang sejak hari pertama kempen PRN semalam.

Amaran cuaca waspada kategori kuning yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah bermula hari ini sehingga esok.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!