Trump ikrar balas serangan Iran
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam berikrar bahawa sebarang serangan yang dilakukan Iran akan dibalas dengan serangan 1,000 kali ganda lebih kuat berdasarkan ukuran dalam `magnitud'.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Iran dilaporkan mengancam untuk membalas dendam terhadap seorang pegawai tenteranya, Jeneral Qasem Soleimani.
Satu laporan media yang memetik pegawai yang tidak dinamakan mendakwa Iran merancang satu pembunuhan duta AS ke Afrika Selatan sebelum pilihan raya presiden di negara tersebut berlangsung pada November ini.
"Menurut laporan akhbar, Iran mungkin merancang satu pembunuhan atau serangan menentang AS bagi membalas dendam terhadap pembunuhan pemimpin 'pengganas' Soleimani," kata Trump.
"Sebarang serangan dari Iran dalam apa pun bentuk bagi menentang AS akan berhadapan dengan satu serangan ke atas Iran yang bakal menjadi 1,000 kali ganda lebih kuat dalam (ukuran) 'magnitud'," ujarnya menerusi Twitter.
Pada Januari lalu, sebuah dron membunuh Soleimani di Baghdad dan Washington sedang mendesak untuk melanjutkan sekatan senjata ke atas Iran yang sepatutnya berakhir pada Oktober ini. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!