Peruntukan RM4.7 juta disalur kepada GiatMara

Henry (dua dari kanan) melihat peralatan kayu yang digunakan di bengkel perabot GiatMara Keningau semalam.
Henry (dua dari kanan) melihat peralatan kayu yang digunakan di bengkel perabot GiatMara Keningau semalam.
A
A
A

KENINGAU - GiatMara menerima peruntukan sebanyak RM4.7 juta bagi melahirkan lebih ramai usahawan berkemahiran dalam kalangan belia dari kawasan pedalaman, khususnya di Keningau, Sabah.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Datuk Henry Sum Agong berkata, dana itu disalurkan bagi menganjurkan kursus-kursus dalam tiga bidang iaitu elektrik, teknologi perabot dan bangunan.

Menurutnya, beliau gembira melihat GiatMara Keningau memiliki bangunan sendiri di tapak seluas 0.4 hektar yang dibangunkan oleh pelatih dan guru.

“Setiap pelajar di pusat ini diberikan elaun sebanyak RM200 sebulan dan segala kemudahan, malah pembelajaran serta latihan bengkel diberikan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas melihat demonstrasi pembuatan perabot di GiatMara Keningau di sini sempena lawatan kerjanya di Sabah semalam.

Henry dan rombongannya turut diberikan taklimat oleh Pengurus GiatMara Keningau, Jamidol Alip.

Henry berkata, anak muda di kampung- kampung di sekitar kawasan pedalaman disarankan supaya memanfaatkan peluang yang disediakan oleh GiatMara untuk menguasai bidang kemahiran.

Menurutnya, mereka yang tidak dapat melanjutkan pengajian boleh menjalani latihan di GiatMara Keningau dan berpeluang menjadi tenaga pengajar atau membuka perniagaan sendiri berasaskan kemahiran yang dipelajari.

Artikel Berkaitan:

Henry (kiri) mengunjungi GiatMara Keningau ketika lawatan kerjanya di Sabah semalam.
Henry (kiri) mengunjungi GiatMara Keningau ketika lawatan kerjanya di Sabah semalam.

“GiatMara Keningau agak beruntung mendapat bangunan sendiri berbanding di tempat saya, Lawas Sarawak yang belum ada bangunan tetap.

“Terima kasih kepada kerajaan atas usaha yang dilakukan bagi menyediakan kemudahan ini di daerah Keningau. Saya melihat sendiri pembuatan perabot oleh pelatih di pusat yang begitu baik dan berkualiti tinggi,” katanya.

Henry juga menyarankan supaya peniaga-peniaga perabot di daerah Keningau membuat tempahan daripada GiatMara Keningau untuk dijual kerana ia dihasilkan menggunakan kayu yang baik.

Sementara itu, beliau berkata, perusahaan madu kelulut yang giat dijalankan di Keningau berjaya menjana hasil sehingga RM100,000 setahun.

Menurutnya, sebelum ini pengusaha diberikan bantuan sebanyak RM10,000 namun menerusi Rancangan Malaysia ke-12, skop pemberian bantuan AET diperluaskan dan pemberian bantuan boleh dipertimbang oleh agensi berkaitan seperti RISDA secara berperingkat sehingga RM200,000.

“Saya menggesa penduduk di Keningau supaya menyambut baik usaha kerajaan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan pengusaha-pengusaha madu kelulut yang boleh menjana pendapatan lumayan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Henry mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang diraikan di Sibu, Sarawak hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak perlu bersyukur kerana dapat menikmati hasil penyatuan serta perjuangan pemimpin- pemimpin terdahulu.

“Kita perlu teruskan perjuangan ini untuk mencapai kejayaan bersama dengan memanfaatkan segala hasil usaha kita,” katanya yang turut mengunjungi Kampung Kabintaluan, Tenom, Sabah bagi meninjau Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan

(AET) Projek Pembangunan Tanah Geran Komunal, Kampung Kabintaluan, Tenom, Sabah di bawah selian Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!