Calon muda Gagasan lawan 'orang lama' di DUN Api-Api

Tze Kiun (berdiri, kiri) bersama barisan calon Gagasan melancarkan manifesto Gagasan di Penampang semalam.
Tze Kiun (berdiri, kiri) bersama barisan calon Gagasan melancarkan manifesto Gagasan di Penampang semalam.
A
A
A

PENAMPANG - Hanya kerana usianya yang baru menjangkau 28 tahun bukan bermakna dirinya tidak setanding dengan calon yang lebih berpengalaman.

Chong Tze Kiun
Chong Tze Kiun

Calon muda mewakili Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Chong Tze Kiun akan berdepan dengan saingan sembilan penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Katanya, kebanyakan calon adalah 'orang lama' dalam arena politik namun ia bukan halangan untuk meneruskan kempen dan seterusnya mengambil alih kerusi itu daripada penyandangnya, Datuk Christina Liew.

"Saya di DUN Api-Api memang akan menghadapi lapan lagi calon yang kuat dan berpengalaman, semuanya berjaya terutama daripada Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), Datuk Chin Su Phin dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Christina Liew.

"Tetapi saya akan gunakan kelebihan saya sebagai pemuda kepada pemuda kita, saya ada tenaga untuk berjuang dan boleh buat kerja dengan lebih baik untuk majukan Kota Kinabalu seterusnya Sabah," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran manifesto Gagasan, di sini semalam.

Katanya lagi, dia mahu membawa suara rakyat Kota Kinabalu ke peringkat tertinggi dengan menggunakan platfom politik.

"Saya juga mahu mengalakkan anak muda supaya sertai politik dan dapat bersama-sama untuk menyuarakan hak rakyat bagi memastikan Sabah dapat terus dibangunkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tze Kiun akan turut berdepan dengan Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Pang Yuk Ming; Timbalan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Lo Yau Foh dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Dr Yee Moh Chai daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional (PN) serta tiga calon bebas yang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!