Lambang Warisan di bulatan PPNS rosak
KOTA KINABALU - Belum sampai seminggu lambang Parti Warisan (Warisan) diletakkan sebagai mercu tanda di bulatan hadapan PPNS, di sini hari ini telah mengalami kerosakan.
Sebahagian lambang logo Warisan itu mengalami kerosakan sebelum gambarnya tular sejak awal pagi tadi di aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini, lambang logo Warisan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai untuk merakamkan gambar sejak diletakkan di tengah bulatan hadapan bangunan PPNS pada petang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Hajiji Majinji berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!