Sultan Selangor, Tengku Permaisuri seru perpaduan terus diperkukuh
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menyeru supaya perpaduan dan keharmonian antara kaum terus diperkukuh khususnya di antara rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Seruan itu dizahirkan baginda sempena Hari Malaysia yang disambut hari ini seperti dikongsi menerusi Facebook Selangor Royal Office.
Memetik kenyataan itu baginda bertitah, rakyat Malaysia perlu mensyukuri keamanan yang ada dan berusaha menjaga keharmonian.
"Rakyat Malaysia sewajarnya mensyukuri kemakmuran dan keamanan yang dikecapi selama ini dan berusaha pertahankan daripada anasir negatif dari luar demi kelangsungan bangsa Malaysia," titahnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!