Gambar celah kangkang bukan saya: Emma Maembong

Emma Maembong
Emma Maembong
A
A
A

PELAKON Emma Maembong memohon maaf di atas kesilapannya bergambar tanpa bertudung di samping seorang lelaki yang dipercayai merupakan abang kepada seorang menteri.

Pernyataan maaf tersebut dinyatakan secara terbuka di Instagram miliknya emma_maembongofficial.

Sejak tersiar gambar tersebut, ruangan komen Instagram Emma dihujani dengan pertanyaan daripada pengikutnya.

Emma membalas dengan mengatakan benar gambar di samping abang kepada menteri itu adalah dirinya dan memohon maaf.

Pun begitu, gambar yang memperlihatkan seorang wanita di celah kangkang, Emma menafikan dan memberitahu itu bukanlah dirinya.

Merujuk komen-komen pengikutnya, rata-rata peminat Emma menerima permohonan maaf tersebut dengan hati terbuka dan mengharapkan agar pelakon kesayangan mereka ini segera berkahwin.

No Image Caption

Berikut merupakan kenyataan terbaharu Emma:

Artikel Berkaitan:

Salam semua. Saya nak minta maaf atas salah saya lalai. Memang salah saya. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa. Jangan salahkan mereka sebab saya sendiri yang lalai. Maafkan saya.

Terima kasih kepada yang nasihat saya, dan yang marah yang kecewa atau sedih semua saya mintak maaf ya. Im sorry.

Walaupon ramai cakap pergi minta maaf dekat ALLAH saya buat, dekat manusia pun still saya kena minta maaf jugak kan. Tak sempat saya nak reply comment satu-satu banyak sangat. But Thank you yang masih support dan yang positif. Love you guys so much. Im sorry again. Maaf kan saya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!