The Lions dapat restu Lembaga Pengarah UiTM

UiTM FC antara pasukan yang mewarnai saingan Liga-M musim ini. -Foto: UiTM FC
UiTM FC antara pasukan yang mewarnai saingan Liga-M musim ini. -Foto: UiTM FC
A
A
A

“UiTM FC telah mendapat restu Lembaga Pengarah UiTM berhubung proses penswastaan yang diwajibkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).”

Itu respon pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad ketika ditanya status terkini proses penswastaan pasukan Liga Super berkenaan.

Menurut Mustaza, pihak UiTM FC perlu mengikut proses yang ditetapkan kerana UiTM tertakluk kepada peraturan universiti.

“Sekarang ini apa yang perlu difahami adalah yang hendak buka syarikat adalah UiTM FC dan bukannya UiTM.

“Alhamdulillah, proses di peringkat Exco UiTM FC, Eksekutif UiTM dan terkini Lembaga Pengarah Universiti sudah pun bersetuju dan meluluskan proses penswastaan ini. Lembaga Pengarah universiti berharap UiTM FC akan bertambah cemerlang pada masa hadapan.

“Sekarang kami akan melaksanakan proses penswastaan mengikut format yang telah ditetapkan oleh FAM setelah mendapat kelulusan pihak Lembaga Pengarah UiTM

“Beberapa ahli lembaga pengarah UiTM pun turun padang menyaksikan perlawanan UiTM FC terbaharu aksi menentang Pahang, dari situ mereka memahami keperluan untuk mematuhi arahan penswastaan dikeluarkan FAM,” katanya kepada Sinar Harian.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengingatkan pasukan dan kelab Liga Malaysia (Liga-M) supaya menyelesaikan segera proses penswastaan kelab merangkumi pemisahan dari Persatuan Bola Sepak (FA) ke Kelab Bola Sepak (FC) selewat-lewatnya pada 30 September depan.

Artikel Berkaitan:

Jelas Mustaza, FAM sebelum ini menyediakan tiga modul untuk pertimbangan pasukan dan kelab Liga-M bagi memudahkan proses penswastaan itu

“Contoh model pertama dimiliki sepenuhnya UiTM FC, model kedua 50/50, model ketiga jual terus kepada orang luar seperti kes Kelantan.

“Jadi Exco UiTM FC mengusulkan model yang pertama kerana UiTM FC adalah projek Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Pusat Kecemerlangan Sukan.

“Sekira proses penswastaan itu diluluskan Exco UiTM akan bertanggungjawab terhadap syarikat UiTM FC Sdn Bhd yang mengendalikan UiTM FC,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!