Masa terbaik pemain negara buat persediaan lebih rapi

Aaron Chia menyifatkan penangguhan saingan Piala Thomas dan Uber 2020 sebagai sesuatu yang positif. -Foto AFP
Aaron Chia menyifatkan penangguhan saingan Piala Thomas dan Uber 2020 sebagai sesuatu yang positif. -Foto AFP
A
A
A

PEMAIN beregu lelaki negara nombor satu negara, Aaron Chia menyifatkan penangguhan saingan Piala Thomas dan Uber 2020 sebagai sesuatu yang positif selepas beberapa negara kuasa besar menarik diri dari kejohanan berprestij badminton dunia berkenaan.

Namun pada masa sama menurut pemain berusia 23 tahun dari Melaka itu, penangguhan edisi Aarhus berkenaan secara tidak langsung satu cabaran kepada pemain negara kerana mereka mempunyai tempoh masa melakukan persediaan lebih rapi untuk memberikan aksi terbaik dalam kejohanan itu.

“Secara peribadi saya melihat penangguhan ini secara tidak langsung memberikan lebih ruang dan masa kepada pemain negara memperbaiki corak permainan masing-masing selain fokus kepada latihan.

“Pada masa sama saya berharap supaya BAM dapat menganjur lebih banyak lagi pertandingan simulasi pada masa depan sebagai persediaan memperkuatkan lagi mental dan fizikal serta memastikan pemain dapat merasakan feeling pertandingan sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin mengambil keputusan menangguhkan saingan Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 3 hingga 11 Oktober depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!