WHO beri amaran terlalu awal untuk buka semula Amerika Latin

Gambar hiasan -Foto: 123RF
Gambar hiasan -Foto: 123RF
A
A
A

BOGOTA - Terlalu awal untuk Amerika Latin kembali kepada keadaan biasa, Pengarah Wilayah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), Carissa Etienne memberi amaran pada Rabu.

"Amerika Latin telah kembali menjalani kehidupan sosial dan awam yang hampir normal pada ketika koronavirus (Covid-19) masih memerlukan kawalan yang meluas," kata Etienne, ketika bercakap dalam taklimat maya dari Washington, lapor agensi Anadolu.

Etienne berkata, kes Covid-19 di kawasan sempadan Colombia dengan Venezuela telah bertambah dan angka kematian meningkat di beberapa bahagian Mexico, Ecuador, Costa Rica, Bolivia dan Argentina.

No Image Caption

"Kita harus jelas bahawa pembukaan terlalu awal memberi lebih ruang kepada virus ini tersebar dan meletakkan penduduk kita pada risiko yang lebih besar. Lihat sahaja Eropah," katanya.

Amerika Latin mencatatkan lebih daripada 8.4 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 315,000 kematian, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!