Martinez dedah punca keluar dari Arsenal

Martinez (kanan) meninggalkan Arsenal bagi menyertai Aston Villa.
Martinez (kanan) meninggalkan Arsenal bagi menyertai Aston Villa.
A
A
A

EMILIANO Martinez mendedahkan bahawa kurang minit permainan sepanjang bersama Arsenal menjadi punca utama dia mengambil keputusan meninggalkan kelab utara London berkenaan.

Menurut penjaga gol kelahiran Argentina berusia 28 tahun itu, dia tidak merasakan dirinya sebahagian daripada The Gunners biarpun kelab berkenaan meraih beberapa kejuaraan domestik sebelum ini.

“Sejujurnya saya memenangi tiga Piala FA, tiga Perisai Komuniti (sebelum musim lalu), tetapi sebenarnya saya bukan sebahagian daripada kelab ini, semuanya disebabkan saya tidak mendapat minit permainan yang begitu amat saya perlukan.

“Jadi jiwa saya tidak pernah merasakan bahawa saya memenangi kejuaraan berkenaan. Ya, saya adalah sebahagian daripada kelab, tetapi saya tidak pernah merasakannya seperti milik saya.

“Lantaran itu saya terus dipinjamkan beberapa kali kepada kelab lain sehinggalah saya kembali dan seterusnya menjadi penjaga gol seperti sekarang.

“Namun ketika saya memenangi dan menjulang trofi kejuaraan, hati kecil saya berkata adakah milik saya?," katanya.

Pemain Sepanyol itu meninggalkan bumi Emirates setelah sembilan tahun apabila membuat perpindahan 20 juta pound ke Aston Villa demi merealisasikan misi pemburuan minit permainan dalam skuad utama.

Martinez menghabiskan enam musim bersama Arsenal secara pinjaman dengan kelab lain, membuat 23 dari 38 penampilannya di Gunners musim lalu, menggantikan Bernd Leno yang cedera untuk aksi final Piala FA menentang Chelsea di Wembley.

Artikel Berkaitan:

Biarpun begitu, Martinez yang menyertai Arsenal dari Independiente pada 2010 mengakui bahawa Mikel Arteta berusaha memujuknya untuk kekal bersama juara Piala FA dan Perisai Komuniti berkenaan.

“Arteta dan kelab berusaha mengekalkan saya di Emirates, namun apabila saya menerangkan situasi sebenar kepada Arteta dan kelab akhirnya mereka memahami keputusan saya dan menghormatinya.

“Menariknya di Arsenal adalah apabila anda memberikan segalanya yang terbaik untuk kelab mereka akan menghormati keputusan anda,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!