Anggota tentera maut kemalangan

Motosikal mangsa tersepit dibawah bas.
Motosikal mangsa tersepit dibawah bas.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang anggota tentera maut akibat digilis sebuah van dalam kemalangan di Jalan Permatang Bendahari di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.20 pagi itu, Mohd Hafis Zakaria, 36 yang menunggang motosikal jenis SYM datang dari arah Penaga menghala ke Kota kuala Muda dan difahamkan, ketika berada di Jalan Permatang Bendahari motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah bas yang sedang memperlahankan kelajuan kerana mahu membelok masuk ke simpang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sebuah van yang datang dari arah Kota Kuala Muda ke pekan Penaga tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa dan motosikalnya.

"Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat manakala pemandu bas serta van tidak cedera," katanya.

Noorzainy berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!