Musa bantu kempen menantu di Membakut

Musa berucap pada Majlis Ramah Mesra Jentera PN dan BN PDM Pimping di kediaman menantunya, Mohd Arifin di Membakut, Beaufort hari ini.
Musa berucap pada Majlis Ramah Mesra Jentera PN dan BN PDM Pimping di kediaman menantunya, Mohd Arifin di Membakut, Beaufort hari ini.
A
A
A

BEAUFORT- Selepas membuat kejutan muncul dalam program yang dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pagi tadi, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dilihat hadir pula ke Majlis Ramah Mesra Jentera Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) Pusat Mengundi Daerah (PDM) Pimping, di kediaman menantunya di Membakut, di sini hari ini.

Musa hadir untuk memberi sokongan kepada Datuk Mohd Arifin Arif sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut mewakili Perikatan Nasional dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau turut menggesa supaya Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhenti menabur fitnah dan dendamnya.

"Mohd Shafie sepatutnya berhenti menabur fitnah dan dendamnya terhadap saya memandangkan saya tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sekali gus bukan lagi menjadi tentangan baginya.

"Kita melihat banyak video dan papan iklan memaparkan wajah Mohd Shafie dengan cogan kata 'membina negara', 'marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama' dan ‘perpaduan', tetapi ucapan kempennya dipenuhi dengan 'hentam Musa Aman'.

"Saya memahami perlunya beliau membuat ucapan politik yang berapi-api sepanjang berkempen, namun adalah memalukan bagi seorang pemimpin negeri berulang kali menyebarkan pembohongan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang individu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Musa berucap pada Majlis Ramah Mesra Jentera PN dan BN PDM Pimping di kediaman menantunya, Mohd Arifin di Membakut, Beaufort hari ini.
Musa berucap pada Majlis Ramah Mesra Jentera PN dan BN PDM Pimping di kediaman menantunya, Mohd Arifin di Membakut, Beaufort hari ini.

Menurut Musa, sebelum ini saman sebanyak RM1 bilion sudah difailkan terhadap Yayasan Sabah termasuk Mohd Shafie kerana memfitnah.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana beliau tidak menghentikan pembohongan dan terus mencabar saya.

"Saya berasa terpanggil membuat kenyataan ini untuk menjelaskan keadaan dan membersihkan nama saya daripada tuduhan yang dilemparkan oleh Presiden Warisan," katanya.

Musa menganggap bahawa Mohd Shafie membuat pelbagai fitnah sejak kebelakangan ini termasuk tuduhan berhubung isu kontrak Yayasan Sabah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya Mohd Shafie tidak terlalu fokus kepadanya sebaliknya perlu beritahu rakyat mengapa rakyat perlu pilih Warisan untuk menerajui kerajaan.

"Sebagai pemimpin, anda harus fokus kepada apa yang sudah dicapai dan apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat.

"Apa yang sepatutnya menjadi agenda beliau ialah meningkatkan infrastruktur, ekonomi, menyediakan pekerjaan dan peluang perniagaan serta memastikan setiap rakyat mempunyai makanan di atas meja.

"Serangan bertali arus terhadap ‘Musa Aman’ tidak akan membantu Mohd Shafie dan Warisan mencapai agenda ini," katanya.

Ini merupakan ucapan Musa yang pertama di hadapan orang ramai selepas tidak tersenarai sebagai calon mewakili Barisan Nasional di kerusi DUN Sungai Sibuga yang disandangnya sejak 1994.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!