Luluh hati, mayat dalam hujan lebat rupanya isteri sendiri kemalangan

Seorang lelaki memeluk mayat isterinya yang terbaring kaku di jalan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Ular di sini hari ini.
Seorang lelaki memeluk mayat isterinya yang terbaring kaku di jalan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Ular di sini hari ini.
A
A
A

KULIM - Betapa luluh hati seorang lelaki ketika terpandang tubuh yang terbujur kaku dalam kemalangan yang kebetulan disaksikannya dalam hujan lebat rupanya adalah mayat isteri sendiri dalam kejadian di Jalan Sungai Ular, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus meluru ke arah mayat Nur Almass Zasmi, 23, lalu memeluknya sambil menangis dengan diiringi hujan lebat, ketika itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah treler.

Mangsa, Nur Almass Zasmi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Sungai Ular di sini hari ini.
Mangsa, Nur Almass Zasmi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Sungai Ular di sini hari ini.

"Melalui siasatan awal, kita mendapati mangsa dari arah Serdang ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular ke Serdang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang wanita tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis tayar belakang kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, pasangan yang masing-masing merupakan OKU bisu itu bernikah pada 8 Disember 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja berusia tujuh bulan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!