Pengerusi HRDF kunjungi Yang Dipertua Negeri Melaka

Nelson (dua dari kiri) mengunjungi Mohd Ali di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka hari ini.
Nelson (dua dari kiri) mengunjungi Mohd Ali di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka hari ini.
A
A
A

AYER KEROH - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam menerima kunjungan hormat Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Datuk Nelson Renganathan di pejabatnya di Seri Negeri, di sini hari ini.

Dalam kunjungan lebih sejam itu, Mohd Ali diberikan penerangan oleh Nelson mengenai Inisiatif Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang bertujuan membantu rakyat kekal dalam pekerjaan selain boleh merebut peluang meningkatkan kemahiran menerusi pelbagai program yang disediakan HRDF atau PSMB.

Turut hadir pada pertemuan itu, Timbalan Pengerusi PSMB, Datuk Ruhaidini Abd Kadir dan Ketua Eksekutif PSMB, Shahul Hameed Dawood.

Mengenai HRDF, ia adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia melalui Akta Sumber Manusia Berhad 2001.

Majikan yang didaftarkan dan atau diperbadankan di Malaysia dan berdaftar dengan HRDF layak memohon latihan geran (bantuan kewangan) untuk membiayai kesemua atau sebahagian besar daripada pekerja yang dibenarkan latihan pekerja.

Usaha ini akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi.

Sementara itu, terdapat lima skim di bawah Penjana HRDF iaitu Latihan dan Penempatan, Pembangunan B40, Pembangunan SME, Revolusi Industri 4.0 dan Gerak Insan Gemilang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!