City dah cukup kuat walaupun tanpa Messi

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

MANCHESTER City dinilai sudah cukup kuat untuk mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan saingan di Eropah musim ini walaupun gagal mendapatkan bintang Barcelona, Lionel Messi.

Pemain City, Ferran Torres percaya pasukannya mempunyai ramai pemain berkualiti dan tidak akan terjejas walaupun tidak mendapat khidmat pemenang enam kali Ballon d'Or itu.

"Saya rasa kami mempunyai pasukan yang sangat kuat walaupun tanpa kehadiran Messi. Kami mempunyai kelompok pemain yang bersedia untuk berdepan mana-mana pasukan selain melakukan tugas yang baik di Liga Juara-Juara.

"Penyandang juara EPL, Liverpool merupakan lawan yang sangat kuat dan mereka sudah membuktikannya dalam beberapa tahun terakhir. Tetapi, saya rasa kami mempunyai pasukan terbaik untuk kembali merebut trofi tersebut," katanya.

Sebelum ini, Messi secara terbuka menyatakan hasrat meninggalkan Barcelona dengan City menjadi pasukan utama yang mahu mendapatkan pemain kelahiran Argentina itu.

Namun, niat Messi itu terhalang dengan pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya perlu membayar 700 juta euro (RM3.4 bilion) seperti yang tertakluk dalam kontraknya.

Sementara itu, Torres yang baharu sahaja dibeli City dari Valencia pada musim panas ini mengakui terpegun dengan kemampuan para pemain The Citizen seperti Sergio Aguero, Raheem Sterling, dan Kevin de Bruyne.

"Perkara pertama saya lihat ketika turun berlatih adalah sangat tidak percaya dengan bakat mereka dan saya sedar perlu lebih banyak belajar daripada mereka untuk menjadi pemain yang baik.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu, saya berani katakan bahawa kami mampu kembali merampas trofi EPL musim ini dan kami berada pada tahap terbaik untuk kembali mengegar Eropah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!