Amaran hujan lebat, angin kencang di utara Semenanjung

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia bermula hari ini hingga esok.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia bermula hari ini hingga esok.

Dalam kenyataannya, Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, keadaan itu diramal melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta beberapa daerah di Perak iaitu Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Katanya, sepanjang tempoh itu, angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri-negeri terbabit.

"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!