Video viral: Coway terima pengesahan bomba

Tangkap layar video tular yang menunjukkan sebuah penapis air berasap.
Tangkap layar video tular yang menunjukkan sebuah penapis air berasap.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Coway (Malaysia) Sdn Bhd (Coway Malaysia) telah menerima pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bahawa video viral mengenai risiko penapis air menjadi terlalu panas ketika ketiadaan bekalan air, bukan sesuatu yang disahkan oleh JPBM.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan, mengenai punca dan kesahihan video yang menunjukkan sebuah penapis air yang berasap.

“Sehingga kini sama ada Coway atau JBPM tidak menerima rungutan atau laporan mengenai penapis air yang berasap akibat terlampau panas, di seluruh negara. Kesahihan video itu masih belum dapat disahkan.

“Sebab itu kami memberikan jaminan kepada kesemua pelanggan kami yang penapis air Coway yang dijual dan diedarkan di Malaysia telah diuji dan disahkan selamat untuk digunakan, mematuhi standard yang tetapkan oleh organisasi akreditasi berkaitan seperti Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, perkara ini adalah sebagai menjawab kepada satu hantaran di media sosial yang mendakwa video itu adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh JBPM berhubung penapis air menjadi terlampau panas ketika dihidupkan pada ketika ketiadaan bekalan air.

Sementara itu JBPM dalam satu kenyataan malam ini menyatakan yang pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pengeluar penapis air, bagi membincangkan isu tersebut.

“Semua maklumat berkaitan dengan keselamatan mesin terseut akan dimaklumkan kepada orang ramai bagi mengelakkan keresahan,” kata kenyataan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!