(BERGAMBAR) KKMM keluarkan 370 pemakluman berita palsu berkaitan Covid-19
Saifuddin (kanan) mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Wartawan Sabah (SJA) ketika hadir merasmikan Media Lounge Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah di City Lounge Riverson Walk Sabah hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad (dua dari kanan) dan Presiden Persatuan SJA, Datuk Muguntan Vanar (kiri).
Foto: Bernama
Saifuddin meninjau kemudahan di City Lounge Riverson Walk Sabah selepas merasmikan Media Lounge Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Foto: Bernama
A
A
A
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini termasuk berita palsu melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Ia dikesan hasil pemantauan Pasukan Respons Pantas (PRP) yang bertanggungjawab memantau berita palsu tersebar di media sosial.
"PRP ini bertugas untuk memantau berita-berita palsu khususnya yang melibatkan agensi kerajaan yang perlu diperbetulkan dan diberi maklumat yang sahih," katanya kepada pemberita selepas membuka ‘Sabah Election Media Lounge’ di sini hari ini.
Katanya, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini pula, PRP turut memantau berita-berita palsu agar pilihan raya itu dapat berjalan dengan aman dan tenteram.
Mengenai Sabah Election Media Lounge itu, Saifuddin berkata, ia bukan pusat media rasmi sebaliknya tempat santai untuk wartawan menghantar berita sambil menikmati suasana yang tenang.
“Ini adalah tempat bagi para wartawan untuk relaks dan bekerja pada waktu yang lebih fleksibel,” katanya.
Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Suriani Ahmad.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!