Polis cari saksi kes lelaki mati di kawasan parkir

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan kepala berdarah di kawasan parkir di Taman Ipoh Selatan, semalam. (Gambar media sosial). Gambar kecil: A Asmadi Abdul Aziz
Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan kepala berdarah di kawasan parkir di Taman Ipoh Selatan, semalam. (Gambar media sosial). Gambar kecil: A Asmadi Abdul Aziz
A
A
A

IPOH - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki yang ditemui tertiarap di kawasan parkir di Taman Ipoh Selatan semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, Chong Ho Peng, 54, ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kepala berdarah oleh orang awam kira-kira 30 meter dari kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa yang dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 5.55 petang.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang berjalan menuju ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui lorong perumahan sebelum didatangi kenderaan yang belum dikenal pasti dari arah belakang lalu terlanggar mangsa menyebabkannya jatuh atas jalan.

"Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati cermin kereta sebelah kiri hadapan milik mangsa telah dipecahkan dan laci pula dalam keadaan berselerak.

"Beberapa penduduk berdekatan yang ditemu bual tidak dapat memberikan maklumat sebenar kerana hanya nampak keadaan mangsa dalam keadaan meniarap dan kepala berdarah di atas jalan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih dalam usaha mengesan dan mengenalpasti kenderaan yang terlibat dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah berdekatan.

"Siasatan lanjut diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga mohon bantuan saksi kemalangan untuk tampil ke balai trafik atau balai berhampiran memberi maklumat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!