Dua beranak dikhuatiri lemas

Operasi mencari dan menyelamat dua beranak yang dikhuatiri lemas di Sungai Muar giat dilakukan anggota penyelamat petang tadi.
Operasi mencari dan menyelamat dua beranak yang dikhuatiri lemas di Sungai Muar giat dilakukan anggota penyelamat petang tadi.
A
A
A

MUAR - Dua beranak yang kedua-duanya merupakan nelayan dikhuatiri lemas di Sungai Muar di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 3.55 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan.

Beliau berkata, mangsa, Zainal Jerman, 61, dan anaknya, Muhammad Azwan, 25, bersama dua lagi rakan mereka pergi Sungai Muar dengan menaiki bot yang sama.

“Bagaimanapun, dua beranak ini gagal ditemui selepas mereka turun ke sungai tersebut. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa pertama iaitu bapanya turun ke dasar terlebih dahulu sebelum dipercayai terlepas daripada pegangan tali.

“Melihatkan kejadian itu, anaknya kemudian bergegas menuruni sungai berkenaan sebelum kedua-duanya gagal ditemui hingga kini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Zaharudin berkata, dua lagi individu yang turut berada di dalam bot dilaporkan selamat dan akan dipanggil bagi memberikan keterangan.

“Usaha mencari dan menyelamat akan disambung semula esok,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, seramai 20 anggota bomba dibantu anggota dari BBP Tangkak menjalankan operasi SAR yang turut dibantu 16 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!