Everton mudah belasah West Bromwich

Calvert-Lewin (tengah) meledak hatrik ketika aksi menentang West Bromwich di Goodison Park sebentar tadi.
Calvert-Lewin (tengah) meledak hatrik ketika aksi menentang West Bromwich di Goodison Park sebentar tadi.
A
A
A

Everton seolah-olah mahu memberi amaran awal kepada barisan pencabar mereka apabila melakar kemenangan besar 5-2 ke atas West Bromwich Albion pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park sebentar tadi.

Kelibat Dominic Calvert-Lewin sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia muncul wira Everton dengan meledak hatrik menerusi gol masing-masing pada minit ke-31, 62 dan 66.

Dua lagi gol skuad The Toffees itu disumbangkan oleh tonggak baharu, James Rodriguez pada penghujung babak pertama dan Michael Keane pada minit ke-54.

West Bromwich pula memperoleh gol menerusi jaringan Grandy Diangana seawal minit ke-10 dan Matheus Pereira pada minit ke-47.

Kemenangan itu menyaksikan Everton meraih enam mata maksimum selepas mengharungi dua perlawanan. Minggu lalu, anak-anak buah Carlo Ancelotti itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Horspur di gelanggang lawan.

Calvert-Lewin turut dijulang sebagai wira Everton apabila meledak gol kemenangan The Toffees.

West Bromwich pula gagal meraih sebarang mata setakat ini apabila mengalami kekalahan 0-3 kepada Leicester City pada aksi pembukaan EPL Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!