Kamarlin praktikkan kempen 'personal touch' di DUN Lumadan

Kamarlin ketika hadir program ceramah calon BN DUN Lumadan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lobuk, Beaufort.
Kamarlin ketika hadir program ceramah calon BN DUN Lumadan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lobuk, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Hubungan baik yang terjalin antara saudara-mara dan sahabat handai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamarlin Ombi menggunakan peluang itu untuk berkempen lebih dekat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau mengakui lebih selesa datang secara bersendirian dengan menggunakan strategi 'personal touch' untuk melawat penduduk kampung dan berkempen.

Menurutnya, kaedah itu sudah dipraktikkan sejak dulu lagi namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tidak wajar baginya untuk berkempen secara berkumpulan terutama dari rumah ke rumah.

"Jadi saya gunakan kaedah ini untuk bertemu dengan pengundi di kawasan saya dan alhamdulillah ia berjalan lancar.

"Dalam masa sama, saya juga turut menghadiri kempen ceramah bersama penduduk di 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan dibantu jentera pilihan raya dan mendapat sokongan daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)," katanya pada media hari ini.

Mengulas lanjut berhubung pertembungannya dengan calon Parti Bersatu Sabah (PBS), Ruslan Muharam, Kamarlin kekal dengan pendirian bahawa beliau adalah calon pilihan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya adalah calon direstui Muhyiddin dan Zahid, ertinya saya mendapat sokongan. Kewujudan PBS adalah di luar pengetahuan PN dan BN, tetapi perkara sudah berlaku dan kita teruskan berkempen serta berlawan, radu tetap radu," katanya.

Sementara itu, bekas penyandang kerusi DUN Lumadan, Matbali Musah berkata, beliau sentiasa membantu jentera pilihan raya walaupun tidak dicalonkan semula pada PRN kali ini.

Artikel Berkaitan:

Matbali Musah
Matbali Musah

"Saya berlapang dada dengan keputusan ini, saya yakin kita hanya mampu merancang tuhan yang tentukan segala-galanya. Yang penting kita memastikan Perikatan Nasional (PN) akan menang dengan cemerlang di DUN Lumadan.

"Sokongan tidak boleh dipertikaikan, jentera kita Bersatu sentiasa membantu 100 peratus ke daerah mengundi bagi memastikan kemenangan calon yang kita tonjolkan dan mengalahkan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menjadi musuh utama kita," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!