Serah polis siasat kejadian 'kubur berdarah'

Ahmad Faisol (tengah) bersama sebahagian ahli jawatankuasa Masjid Al Irfan, Derga memantau kubur yang tular di media sosial semalam.
Ahmad Faisol (tengah) bersama sebahagian ahli jawatankuasa Masjid Al Irfan, Derga memantau kubur yang tular di media sosial semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Pejabat Agama Daerah Kota Setar tidak dapat mengesahkan punca kejadian 'kubur berdarah' di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga yang tular semalam dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar yang sudah melakukan tinjauan di lokasi kejadian semalam berkata, perkara tersebut memerlukan siasatan forensik dan meminta orang ramai berhenti membuat pelbagai andaian mengenai kejadian itu.

"Kita tidak tidak dapat membuat sebarang pengesahan berhubung cecair berwarna merah itu dan perkara berkenaan sedang dalam siasatan.

"Orang ramai juga diminta berhenti menularkan video untuk menjaga sensitiviti dan perasaan ahli keluarga individu yang sudah meninggal dunia itu," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Irfan, Derga di sini hari ini.

Malam tadi, Sinar Harian melaporkan sebuah video sebuah 'kubur berdarah' di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, di sini, menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian yang menggemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya Alor Setar hingga ramai penduduk datang untuk melihat keadaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video 'kubur berdarah'

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!