Jangan perasan kita lebih mulia daripada orang lain

Suharnizan (tengah) bersama-sama pasukan peguamnya di hadapan IPD Johor Bahru Selatan, Larkin selepas membuat laporan polis mendakwa dihina seorang personaliti media sosial, baru-baru ini.
Suharnizan (tengah) bersama-sama pasukan peguamnya di hadapan IPD Johor Bahru Selatan, Larkin selepas membuat laporan polis mendakwa dihina seorang personaliti media sosial, baru-baru ini.
A
A
A

MERAK Jalanan amat terkejut melihat video seorang influencer yang menghina seorang wanita berbaju kuning dengan kata-kata kesat dan pelbagai penghinaan lain.

Walaupun pelaku sudah meminta maaf dan mangsa sudah mengambil tindakan undang-undang, bagi Merak Jalanan isi kandungan video itu amat mengejutkan.

Tak sangka pada zaman ini masih berlaku perkara-perkara seumpama itu.

Sebenarnya untuk ingatan kita semua, tak perlulah kita berasa lebih mulia daripada orang lain sama ada kelebihan fizikal waima harta benda yang dimiliki.

Yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang ideal tak perlulah berasa bangga berbanding mereka yang gagal dalam ukuran BMI.

Yang berbadan sasa tak perlulah berasa lebih mulia daripada mereka yang gemuk ataupun kurus keding.

Mereka yang berambut lebat tidak perlulah membandingkan diri dengan mereka sudah berkepala botak ataupun beruban.

Begitu juga yang banyak harta tidak perlulah berasa bangga diri dan memandang rendah kepada yang miskin kedana.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiran kita kelak. Yang handsome lambat-laun akan berkedut dan tua kerepot juga akhirnya.

Yang sihat ketika ini mungkin akan sakit dan yang kaya mungkin boleh jatuh miskin.

Kalau tidak masakan wujud pepatah hidup ibarat roda yakni hari ini kita berada atas dan kelak mungkin kita akan berada di bawah.

Tiada satu pun yang akan kekal di dunia ini kerana semuanya hanya pinjaman daripada Maha Pencipta.

Oleh itu, tidak perlulah kita berasa bangga dengan kelebihan yang dimiliki dan bagi yang memiliki kekurangan tidak perlulah berasa down kerana dalam dunia ini tiada yang sempurna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!