Pemecatan duta Kanada ke China urusan dalaman negara

McCallum dituduh memalukan kerajaan Trudeau dengan 'menyebelahi' China berhubung kes ekstradisi eksekutif kanan Huawei, Meng Wanzhou. - Foto Reuters
McCallum dituduh memalukan kerajaan Trudeau dengan 'menyebelahi' China berhubung kes ekstradisi eksekutif kanan Huawei, Meng Wanzhou. - Foto Reuters
A
A
A

BEIJING - CHINA. Kementerian Luar China berkata tindakan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau memecat duta negaranya ke China, John McCallum sebagai urusan dalaman negara berkenaan.

"Perkara tersebut merupakan urusan dalaman Kanada, China tidak akan memberi sebarang komen," kata jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang di Beijing berhubung pemecatan McCallum.

Terdahulu, McCallum memalukan kerajaan Trudeau dengan 'menyebelahi' China berhubung kes ekstradisi Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat telekomunikasi Huawei, Meng Wanzhou.

Anak perempuan pengasas Huawei itu ditahan di Vancouver bukan lalu, atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang mengesyakinya melanggar sekatan yang dikenakan AS terhadap Iran.

China kemudian menahan dua warga Kanada atas alasan keselamatan, dan terbaharu mahkamah China menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki warga Kanada atas dakwaan mengedar dadah selepas memutuskan hukuman penjara 15 tahun yang dikenakan sebelum ini terlalu ringan.- Reuters

ARTIKEL BERKAITAN: Trudeau pecat duta Kanada ke China

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!