Polis siasat balai pasang Jalur Gemilang terbalik

Gambar Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di hadapan Balai Polis Simpang Lima tular di media sosial sejak semalam.
Gambar Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di hadapan Balai Polis Simpang Lima tular di media sosial sejak semalam.
A
A
A

BAGAN SERAI - Polis sedang menjalankan siasatan mengenai Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di Balai Polis Simpang Lima, Parit Buntar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketua polis balai tersebut.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini seorang anggota sudah diambil keterangan berhubung kejadian berkenaan.

“Kejadian ini turut tular di media sosial. Insiden itu wajar dijadikan iktibar kepada enam balai dalam pentadbiran ini supaya tidak cuai ketika melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau juga meminta orang ramai berhenti menularkan gambar tersebut dan perkara itu disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 1963.

“Tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tidak kira pegawai, anggota polis atau orang awam yang memasang bendera terbalik.

Gambar pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik melibatkan sebuah balai polis di daerah itu mula tular di Facebook hari ini, namun ia dibetulkan kira-kira sejam selepas menyedari kesilapan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!