Permohonan HPIPT dilanjutkan sehingga 25 September

Poster mengenai lanjutan permohonan bantuan berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook Amirudin hari ini.
Poster mengenai lanjutan permohonan bantuan berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook Amirudin hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memutuskan untuk melanjutkan tarikh permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bernilai RM1,000 dari 11 September kepada 25 September ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehubungan itu pihaknya menggalakkan keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah untuk membuat permohonan bantuan tersebut.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat permohonan menerusi laman hpipt.selangor.gov.my sebelum tarikh tutup ditetapkan.

"Usaha ini merupakan satu hasrat bagi mengurangkan keciciran bantuan terutamanya dalam hal-hal berkaitan pendidikan dan kesejahteraan keluarga," katanya menerusi kemas kini di laman Facebook hari ini.

Menerusi Belanjawan Selangor 2020 sebelum ini, kerajaan negeri menetapkan 14 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan digunakan untuk aspek pendidikan.

Dalam pada itu, Amirudin berharap bantuan berkenaan dapat memudahkan urusan pengajian anak-anak di Selangor dalam usaha untuk melahirkan mahasiswa yang bertauliah.

"Sebarkan berita ini kepada keluarga, saudara serta teman anda yang memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!