Pemimpin Warisan perlu mohon maaf kepada ahli keluarga wira terkorban

Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan
A
A
A

SHAH ALAM - Puteri UMNO menggesa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) memohon maaf kepada anggota keselamatan yang terlibat dalam tragedi Lahad Datu pada 2013.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kenyataan pemimpin itu yang menghina wira negara yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu sangat biadab dan tidak boleh diterima.

"Warisan sudahlah gagal membela rakyat Sabah, kali ini menghina pula wira negara yang terkorban ketika pertahankan kedaulatan Sabah dan negara dalam tragedi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoal kenyataan pemimpin Warisan yang mendakwa anggota keselamatan yang terkorban dibunuh 'anjing dan ayam'.

"Adakah 235 warga Filipina yang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo pada 11 Februari 2013 adalah anjing dan ayam?

"Adakah sebilangan pengganas sulu yang mati bertempur dengan pasukan keselamatan kita adalah anjing dan ayam," soalnya.

Oleh itu, Zahida menggesa rakyat Sabah menolak semua calon Warisan yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!