Ibu ular sudah ditangkap lebih awal

Ular dewasa yang ditemui sehari sebelum tertangkapnya 15 anak ular sawa batik.
Ular dewasa yang ditemui sehari sebelum tertangkapnya 15 anak ular sawa batik.
A
A
A

GOMBAK - Persoalan ibu ular yang tidak ditemui semasa operasi menangkap 15 anak ular oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Selayang semalam terjawab selepas penemuan seekor ular dewasa sehari sebelum kejadian.

Ular dewasa lebih satu meter itu ditemui kira-kira jam 2 petang oleh kontraktor pembersihan di sebuah longkang beberapa meter dari lokasi kejadian di Taman Tasik Sri Gombak, di sini.

Penemuan tersebut sekali gus melegakan kebimbangan penduduk Sri Gombak terutama yang kerap mengunjungi taman rekreasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bomba tangkap 15 anak ular

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahmad Fauzi Ishak memaklumkan MPS akan memastikan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh kawasan Taman Tasik Sri Gombak dilaksanakan secara berterusan dan berjadual.

“Kontraktor yang dilantik dalam proses menyiapkan kerja pembersihan termasuk membersihkan semak di kawasan cerun itu.

“MPS juga memaklumkan kepada pihak pemaju untuk menyelenggarakan tanah milik mereka yang terletak bersebelahan tasik tersebut,” katanya.

Menurutnya, orang awam digalakkan untuk bekerjasama menyalurkan maklumat jika menemui binatang berbisa di sekitar Taman Sri Gombak kepada pihak bomba dan MPS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!