Honduras mahu pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

Juan Orlando Hernandez.
Juan Orlando Hernandez.
A
A
A

TEGUCIGALPA - Honduras semalam mengumumkan langkah kontroversi untuk memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebelum akhir tahun ini.

Sebagai respons, Israel juga akan membuka pejabat diplomatik mereka di Tegucigalpa.

“Saya telah menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memperkuat pakatan strategik dan bersetuju dengan pembukaan kedutaan di kedua-dua negara,” kata Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez menerusi Twitter.

Pada September 2019, Hernandez telah membuka ibu pejabat komersial di Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada langkah peluasan kedutaan mereka di Tel Aviv.

Ia disusuli dengan pembukaan pejabat perwakilan Israel di Tegucigalpa pada bulan lalu.

Difahamkan, Honduras mempunyai populasi penduduk Palestin kedua terbesar di Amerika Latin selepas Chile. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!