Beza ketuanan Yahudi dan Melayu

A
A
A

APAKAH makna ketuanan Melayu? Sekadar kalahkan DAP? Sekadar menyindir bangsa lain dengan istilah seperti ultra kiasu? Sekadar berdemonstrasi beramai-ramai sambil teriak ‘hidup Melayu’? Sekadar rampas kuasa politik tempatan? Itu sahaja?

Bandingkan dengan mindset politik Yahudi yang hanya berjumlah 16 juta orang di dunia secara keseluruhan. Warga Israel hanya berjumlah lapan juta orang. Bangsa Melayu lebih ramai daripada Yahudi. Jumlah Muslim di dunia melebihi satu bilion. Jauh sekali lebih ramai daripada Yahudi.

Jumlah Yahudi hanyalah sekecil lalat jika dibandingkan dengan penduduk dunia, tetapi jika dibandingkan ketuanan Yahudi dengan ketuanan Melayu, mana lebih hebat?

Hasil Perang Dunia Pertama ialah Barat berjaya merampas Baitulmaqdis daripada Khilafah Uthmaniyyah, lalu menyuarakan tekad untuk memenuhi Deklarasi Balfour yang berisytihar untuk menjadikan Baitulmaqdis sebuah kampung Yahudi.

Pada masa ini, Yahudi tiada negara sendiri. Israel belum menjadi negara. Yahudi belum lagi menjadi tuan mana-mana negara.

Hasil Perang Dunia Kedua ialah United Nations (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berjaya ditubuhkan di mana hanya lima kuasa besar yang memiliki kuasa membuat keputusan iaitu China, Amerika, Rusia, Britain dan Perancis. Kemudian kelima-lima kuasa besar itu melalui UN bersetuju untuk mengiktiraf penubuhan negara Israel di Baitulmaqdis di mana Yahudi bertukar menjadi tuan, mengantikan Muslimin.

Lihatlah betapa globalnya pengaruh Yahudi seolah-olah kedua-dua Perang Dunia tercetus kerana bertujuan merampas Palestin daripada Khilafah, kemudian menubuhkan ketuanan Yahudi di Palestin di mana negara Israel ditubuhkan.

Kemudian melalui penubuhan Israel, Yahudi membuktikan kepada dunia bahawa Presiden Amerika Syarikat sendiri pun mengikut jari telunjuknya. Bahkan, China juga tunduk kepada ideologi dan falsafah hidup Yahudi yang bernama Karl Marx. Yahudi berjaya membuktikan kepada dunia bahawa ketuanan Yahudi sememangnya kaum terpilih. Agenda

Artikel Berkaitan:

Bandingkan dengan mindset ketuanan Melayu. Ke manakah arah tujuan dengan takbir dan laungan slogan ‘hidup Melayu’? Ke manakah arah tuju dengan laungan kepimpinan ulama, tradisi membela rakyat, Malaysia baharu?

Lihatlah bagaimana setiap calon Perdana Menteri Israel akan memberi manifestonya tentang bagaimana memperkasakan status ketuanannya di peringkat global. Begitu juga calon-calon yang bertanding untuk Presiden Amerika akan mengisytiharkan manifesto mereka tentang visi misi mereka memperjuangkan maslahat Israel.

Bagaimanakah kita memilih Perdana Menteri atau Yang Berhormat? Adakah kita memilih berdasarkan kemampuan YB atau parti membawa agenda bersaing dengan ketuanan global Yahudi? Atau kita hanya memilih parti berdasarkan sentimen sekadar antiultra kiasu?

Adakah kita memilih YB berdasarkan kemampuannya sebagai burung hud-hud berbanding dengan Yahudi yang memilih pemimpin berdasarkan kemampuannya menguasai dunia seperti Nabi Sulaiman?!

Penulis rasa analogi seorang Mursyidul Am yang menqiyaskan status seorang Menteri yang berstatus ulama dengan burung hud-hud yang hanya seekor binatang dan tidak berakal tinggi seperti manusia amat mendayuskan status kemanusiaan, apatah lagi status ulama dan khairu ummah. Ini mencerminkan perbezaan mindset yang amat ketara antara ketuanan Melayu dan ketuanan Yahudi.

Kita perlu mentajdidkan mindset politik yang baharu. Kita perlu memperjuangkan mindset khilafah Melayu Muslim yang jauh lebih quranik dan lebih memperkasakan jati diri Muslim daripada mindset ketuanan. Sejarah telah membuktikan bahawa hanya mindset khilafah mampu bersaing, bahkan menewaskan, ketuanan global Yahudi. Malaikat pun sujud pada khalifah, bukan pada yang bergelar tuan.

* Xifu Naser ialah Tokoh Pendakwah Perak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!