Madrasah Tahfiz Al Jauhar perlukan dana RM130,000
KOTA TINGGI - Madrasah Tahfiz Al Jauhar (MTAJ) memohon sumbangan orang ramai bagi bagi melunaskan bayaran kerja akhir pembinaan bangunan baharu madrasah berkenaan.
Pengetua, Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata, pihaknya membuat kempen secara berterusan mulai kelmarin hingga mencapai sasaran RM130,000.
“Lebih RM130,000 diperlukan sebelum 10 Februari ini bagi mengelakkan amaun ini menjadi hutang lapuk.
“Untuk makluman dermawan, amaun ini bayaran semasa bagi kerja terkini iaitu pembelian longkang U 38 biji bernilai RM26,600, calvat untuk saliran air di sekeliling madrasah 10 biji bersamaan RM4,000.
“Pagar besi 33 keping RM5,016, baki bayaran kerja pembinaan bumbung sayap kiri dan kanan RM6,000, pembelian batu kasaran untuk tambak jalan 17 lori RM11,050, upah pekerja RM33,800, pembelian premix (batu tar) 220 tan RM36,960,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, bagi upah kerja-kerja menurap jalan RM5,860, pembelian empat tangki air berkapasiti 1000 gelen RM10,260 telah dibayar oleh penyumbang.
Jelasnya, jumlah diperlukan menjelang awal Februari ini adalah RM123,426 oleh demikian pihaknya menyeru orang ramai yang dikenali atau tidak untuk berkongsi berita ini agar lot-lot wakaf yang MTAJ jual dapat dibeli oleh pewakaf dengan harga satu lot RM100 sahaja.
“Kami masih mempunyai 1,500 lot wakaf yang belum dijual. Setiap lot boleh letakkan nama pewakaf termasuk orang yang telah meninggal dunia. Semoga jariah sampai kepada mereka,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!