Operasi mencabar selamatkan 180 ikan paus
SYDNEY - Pasukan penyelamat bergelut untuk menyelamatkan kira-kira 180 ikan paus yang terkandas di pelabuhan terpencil Australia hari ini selepas 90 haiwan mamalia daripada kumpulan tersebut dilaporkan mati.
Kira-kira 60 individu termasuk 40 saintis dan nelayan tempatan terlibat dalam operasi menyelamat di perairan cetek di Macquarie Harbour di Pulau Tasmania tersebut.
Ahli biologi marin, Krin Carylon berkata, satu pertiga daripada 270 ikan paus tersebut disahkan mati menjelang tengah malam tadi.
"Operasi menyelamat ini adalah satu tugas yang mencabar dan dijangka mengambil masa selama beberapa hari memandangkan keadaan cuaca yang agak buruk dan gelombang luar biasa di pelabuhan.
"Kami berjaya melepaskan sebahagian kecil daripada jumlah ikan paus tersebut," katanya.
Sementara itu, saintis menjelaskan masih tidak jelas punca kejadian itu berlaku. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!