Bapa bawa anak rempit antara ditahan

 Ibrahim Abdul Kadir
Ibrahim Abdul Kadir
A
A
A
SEREMBAN - Bapa dan anak merempit antara yang ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan menerusi operasi Skuad 42 jabatan itu bagi membanteras samseng jalanan yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Ibrahim Abdul Kadir berkata, berdasarkan statitik dari 23 Oktober hingga Disember lalu, sebanyak 452 jumlah saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

“Ia membabitkan pemeriksaan ke atas 649 individu dan 586 kenderaan yang majoritinya adalah motosikal.

“Sebanyak 78 tangkapan direkodkan dan dalam tempoh tersebut, 69 kenderaan di sita iaitu (58 motosikal), (10 kereta) dan (1 van),”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan semalam.

Menurutnya, lokasi tumpuan aktiviti rempit ialah di lebuh raya LEKAS Kajang-Seremban, Jalan Persiaran Senawang dan Rahang.

Bagaimanapun katanya, hasil operasi berterusan dilakukan, aktiviti berkenaan menurun 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Secara keseluruhan statistik tangkapan samseng jalanan tahun lalu ialah 152 orang berbanding 32 tahun sebelumnya.

“Tangkapan paling ramai tahun lalu membabitkan usia (15-20 tahun iaitu 90 orang) diikuti (21-25 tahun-46 orang) dan (bawah 15 tahun-15 orang),”katanya.

Beliau berkata, sebanyak 225,360 jumlah saman dikeluarkan tahun lalu berbanding 117,497 tahun sebelumnya iaitu meningkat 91 peratus.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bukan sahaja penunggang atau pemandu kenderaan yang dikenakan tindakan, tapi termasuk penganjur, penonton perlumbaan dan pembonceng.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!