Anggota positif Covid-19, dikuarantin tidak undi awal hari ini

Muhammad Hafizuddeain (kanan) melawat proses pengundian awal yang dilaksanakan di Sekolah Agama Kem Lok Kawi, Putatan hari ini.
Muhammad Hafizuddeain (kanan) melawat proses pengundian awal yang dilaksanakan di Sekolah Agama Kem Lok Kawi, Putatan hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai empat individu membabitkan anggota tentera darat dan keluarga yang positif koronavirus (Covid-19) tidak terlibat dalam pengundian awal hari ini.

Seramai 73 dikategorikan sebagai pesakit bawah siasatan (PUI) dan 77 dikategorikan pesakit bawah pemantauan (PUS) sedang menjalani proses kuarantin juga turut tidak terlibat dalam pengundian awal.

Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, jumlah itu ekoran daripada peningkatan kes Covid-19 terutama di Tawau dan Lahad Datu.

"Empat terdiri daripada anggota dan keluarga didapati positif Covid-19 melalui saringan yang dibuat. Selebihnya, ada 73 dikategorikan di bawah PUI dan 77 PUS iaitu merupakan kontak rapat pada individu yang disahkan positif dan sedang menjalani kuarantin.

"Sebab itu walaupun mereka layak untuk mengundi tetapi tidak dibenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian di Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Mengulas lanjut berhubung lawatannya itu, beliau berpuas hati dengan jumlah anggota yang keluar menjalankan proses pengundian awal hari ini.

"Berdasarkan rekod, kita mempunyai seramai 5,579 pengundi berdaftar terdiri daripada 4,286 anggota dan selebihnya adalah pasangan dan daripada jumlah itu, 1,328 orang didaftarkan melaksanakan undi pos yang dijalankan sejak 15 September lalu dan selebihnya melakukan undian awal hari ini.

"Sebahagian anggota dan keluarga juga dipanggil balik dari semenanjung dan Sarawak untuk melaksanakan undian awal. Mereka ini yang telah bertukar sejak 2018 atau jalankan latihan peralihan untuk bersara.

Artikel Berkaitan:

"Secara keseluruhannya, saya berpuas mereka sebagai anggota tentera yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai tentera dan sebagai seorang pemilih," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!